Sunday, 17 August 2014

Hari Raya 2014 :)

Assalamualaikum . dah lama tak bukak blog ny . dah bersawang pun . haha . alang-alang dah bukak blog , nak story sikit pasal raya tahun niii . cuti raya yang poli bagi cume 1 minggu . tapi hari Rabu kelas dah tak ada . soo masing-masing pun balik . bila dah rumah , kalau boleh dari A-Z apa yang berlaku seharian kita semua nak cerita kat keluarga . (walaupun rumah aku dekat je) . tapi kegembiraan masa bersama keluarga amat bahagia . haha . tahun ny raya dekat Pontian je . Abah tak dapat cuti .adik ngn aku dah rancang dah pagi raya masing-masing pakai baju yang sama . tiba-tiba abah pulak cakap yang ibu,adi,along raya kat kampung . aku pulak . what theee . masa dah bagitau tu sikit lagi air mata ny nak tumpah . nasib baik bergenang jee . ibu balik kampung malam raya naik bas . kitaorang hantar ibu kat stesen bas Larkin sampai lah bas ibu dah bergrak pergi . masa tengah menunggu bas sampai terserempak pulak ngan makcik aku . Cik Nor . dia pun baru je sampai dari KL nak balik ke Pontian . tapi masa aku hantar ibu naik bas tak pulak aku nangis ? kalau dulu kitaorang selalu naik bas pergi Perak nak raya . abah pulak raya sorang-sorang kat Pontian sebab kerja . dulu sikit-sikit air mata nak mengalir . haha . cengeng . lepas hantar ibu , balik rumah . tunggu abah balik kerja pukul 11a.m . abah dah balik kitaorang pergi Pasar Borong Pandan . meriah gila . walaupun masa tu malam raya . takda lah bershopping sakan . cuma nak tengok suasana malam raya . kalau dlu malam raya duk rumah tengok tv jee . haha . raya pertama , pagi tu JBU ad buat open house kat Hotel Goodhope . daging panggang . ^^ . solat sunat hari raya kat Masjid yang dekat dengan Amart tu . raya kedua pun kat Pontian . pergi rumah kawan abah . petang sikit pun pergi rumah kawan abah ada reunion kawan-kawan sekolah . *anak diaorang semua hensem-hensem . haha . 
 Bergambar dengan abah <3

dah . akhir kata raya pun dah nak habis . yang mana aku belum sempat nak mintak maaf , aku mintak maaf . disebabkan aku pakai tudung , maaf dari hujung benang tudung hingga hujung benang stokin . haha . samapai jumpa lagi . XOXO .



Friday, 7 February 2014

My Lovely MOM

hari-hari baca surat surat khabar ,
hey apa khabar . ^^

post saya kali ny nak bercerita tentang emak saya . tak semua orang yang kat dunia ny ada emak  bukan ? tapi bagi yang tiada emak saya ucapkan takziah . yang ada emak pulak sila ucapkan alhamdulilah . sebab anda masih boleh melihat emak anda i depan mata . tak kesah lah tua atau muda . 
saya mempunyai emak yang telah melahirkan 4 orang anak termasuk  diri saya .apa yang saya cuba sampaikan dalam tajuk ny ialah bagaimana anda menghargai emak anda ? pernah tak anda terasa yang sudah tiba masanya untuk anda membalas balik jasa emak anda ? 

bagi saya , selama saya hidup saya rasa saya dah buat yang terbaik untuk membalas jasa emak saya . tapi sebenarnya tidak sama sekali . kerana ada masa nya saya rasa macam orang yang berguna dan sering menyakitkan hati emak saya . 

bila tengok cerita yang berkisar tentang kekeluargaan sayu jee hati . saya cuba jugak untuk tak menyakitkan hati emak saya . tapi.... entah lah perasaan tak puas hati ada jeee . mungkin tu satu dugaan dari Allah untuk menduga hambaNya supaya lebih menginsafi diri dan memperbaiki diri agar lebih baik .mungkin....

akhir kata daripada saya , tak semua manusia tu sempurna tanpa membuat satu dosa cuma manusia ny kadang-kadang lupa adakala nya kita kat atas dan adakala nya kita kat bawah . dugaan Allah tu macam-macam dan kita tak dapat nak duga . kita boleh kehilangan orang yang kita sayang dalam sekelip mata sahaja . jadi untuk tak menyesal masa akan datang , sementara masih ada waktu kita berbakti lah dengan mereka dan selalu lah buat mereka gembira dengan segala perlakuan dan perbuatan kita . ^^ 

pagi-pagi gosok gigi,
ada masa kita jumpa lagi .
Assalamualaikum .

Monday, 22 July 2013

Puasa Datang Lagi :)

jangan ponteng2 puasa taw :)
assalamualaikum. hari ni baru dapat update blog ni. ingakan nak senyapkan blog ni, tak nak siapa pun tahu. tapi, kawan2 semua dah tahu. kureng asem betul. haha :) rasanya belum lambat lagi kut nak ucap Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. hahh. hari ni aku dengan kawan serumah aku berbuka dekat luar. yang belanja kitaorang nama dia Farina Hunny. ada ke sesiapa kenal minah ni? haha. famous orang nyee. :)(haktuihhh)rasa macam sekejap je puasa. dah nak raya. (ye ke?) masing2 dah sibuk cari baju raya. (aku punya dah lama siap) bila time puasa mesti ada terselit perkataan "bazar" kan? jadi dekat mana2 pun mesti ada bazar. dekat cahaya masai ni yang sodap dimakan ialah oblong daging/ayam blackpepper dengan air anggur soda. (faveret aku) :) tak tahu lah korang. aku pun tak tahu nak tulis apa. merapu jee. dah lah nak tidurrr. pagi ni ada practical penting. adoyaiii. assalamualaikum :)

Saturday, 29 June 2013

Tentang Diri Aku


Assalamualaikum, kepada sesiapa yang singgah ke blog saya. untuk pengetahuan korang semua ny adalah pertama sekali aku buat blog. aku tengok kawan2 aku wat blog aku pun nak test jugak. yang best nya kita boleh luahkan perasaan kita kat sini. lebih kurang macam diary lah. aku ny pulak memang jenis yang malas nak menulis. nak menaip tak apa. sebelum nak bercerita panjang, nama aku zulaikha. korang boleh panggil aku zue. umur aku 19 tahun, tapi belum genap lagi. bulan 12 nanti baru genap. heeee. aku stay kat tampoi. sekarang sambung belajar kat politeknik ibrahim sultan dalam bidang HOTCAT! meowwww. :) sekarang aku dah sem 3. dah senior dah. hahaha. kalau nak cerita pasal diri aku, tak ada apa yang special pun. aku ny jenis yang suka buat orang gembira. sebab aku sendiri tak suka moody jeee. bosan lah kalau monyok jeee. suram je hidup. dah sampai sini je aku nak taip. sebenarnya blog ny untuk aku sorang je. aku tak nak orang lain tahu tentang blog ny. boleh lah aku nak cakap macam2. kahkah. :) okey. Assalamualaikum