Assalamualaikum . dah lama tak bukak blog ny . dah bersawang pun . haha . alang-alang dah bukak blog , nak story sikit pasal raya tahun niii . cuti raya yang poli bagi cume 1 minggu . tapi hari Rabu kelas dah tak ada . soo masing-masing pun balik . bila dah rumah , kalau boleh dari A-Z apa yang berlaku seharian kita semua nak cerita kat keluarga . (walaupun rumah aku dekat je) . tapi kegembiraan masa bersama keluarga amat bahagia . haha . tahun ny raya dekat Pontian je . Abah tak dapat cuti .adik ngn aku dah rancang dah pagi raya masing-masing pakai baju yang sama . tiba-tiba abah pulak cakap yang ibu,adi,along raya kat kampung . aku pulak . what theee . masa dah bagitau tu sikit lagi air mata ny nak tumpah . nasib baik bergenang jee . ibu balik kampung malam raya naik bas . kitaorang hantar ibu kat stesen bas Larkin sampai lah bas ibu dah bergrak pergi . masa tengah menunggu bas sampai terserempak pulak ngan makcik aku . Cik Nor . dia pun baru je sampai dari KL nak balik ke Pontian . tapi masa aku hantar ibu naik bas tak pulak aku nangis ? kalau dulu kitaorang selalu naik bas pergi Perak nak raya . abah pulak raya sorang-sorang kat Pontian sebab kerja . dulu sikit-sikit air mata nak mengalir . haha . cengeng . lepas hantar ibu , balik rumah . tunggu abah balik kerja pukul 11a.m . abah dah balik kitaorang pergi Pasar Borong Pandan . meriah gila . walaupun masa tu malam raya . takda lah bershopping sakan . cuma nak tengok suasana malam raya . kalau dlu malam raya duk rumah tengok tv jee . haha . raya pertama , pagi tu JBU ad buat open house kat Hotel Goodhope . daging panggang . ^^ . solat sunat hari raya kat Masjid yang dekat dengan Amart tu . raya kedua pun kat Pontian . pergi rumah kawan abah . petang sikit pun pergi rumah kawan abah ada reunion kawan-kawan sekolah . *anak diaorang semua hensem-hensem . haha .

Bergambar dengan abah <3
dah . akhir kata raya pun dah nak habis . yang mana aku belum sempat nak mintak maaf , aku mintak maaf . disebabkan aku pakai tudung , maaf dari hujung benang tudung hingga hujung benang stokin . haha . samapai jumpa lagi . XOXO .
No comments:
Post a Comment